coro nginstall win.vista

  1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
  2. Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files…”
    vista-01
  3. Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    vista-02
  4. Klik pada “Install Now”.
    vista-03
  5. Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.
    vista-04
  6. Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.
    vista-05
  7. Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.
    vista-06
  8. Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.
    vista-07
  9. Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.
    vista-09
  10. Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.
    vista-10
  11. Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.
    vista-11
  12. Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next.
    vista-12
  13. Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
    vista-13

0 Response to "coro nginstall win.vista"

Posting Komentar